Wednesday, 22 October 2014

BEDAH? Manusia atau .......

HAI peeps..
Masuk je bulan 10, naik bosan dah duduk rumah makan, tido,makan ,tido je kejenyer..Nak study,kena tunggu awal  tahun depan..hoih,terpaksa lah conteng menulis dlm blog ni balik padahal entry dedulu dah lama aku padam ,dengan hasrat masa yg sangat emas (boleh jual tak ek?hikhik) dpt dimaanfatkan sebaik mungkin,LOL sangat ayat, hangat-hangat tahi ayam padahal suruh buat karangan spm dulu pun malas pastu tido masa cekgu ngajo. *ampunnnn* haha

Melalut memang kelebihan aku. -.-

Ok, kembali ke dunia nyata. Selama 19 tahun aku hidup lah kan (kiraan tahun 2013), aku ni kira manusia yg tak tahu maksud serik pastu berani mati tak kena tempat kot, pastu sangat suka jenjalan. So, sejak umur aku 14 tahun dah banyak kali jugak aku jatuh motor, tapi aku steady je takde nak kata traumaaa aii noookk,( oh please ) aku bukan pesen macamni, so lepas jatuh2 motor tu, rilek je aku main sports ke, angkat tong air dari rumah jiran sebelah ke rumah aku, angkat kerusi masa nak raya, ah kacang je semua tu. Ibarat mengorek hidung pakai jari kelingking je pastu jentik,senang kan?lol...

Sampai laaa tahun lepas, seminggu sebelum raya aku sakit belakang. Ingatkan terpeleot ke, urat tersimpul ke,so beli lah koyok. Pung pang pung pang tak elok jugak, 2 bulan lepas tu, sehari sebelum birthday aku (11/10/2013) aku disahkan Prolapsed Intervertabral Disc (PID) kat Lumbar 4-5. Apebenda menatang PID tu? sila google sendiri yer..haha..

Pung pang pung pang lagi, dah puas jugak cari ubat sampai ke Kelantan( ni entry lain aku cite), 8 bulan selepas tu,hujung bulan 4, hospital Batu Pahat tempat aku check up bulanan,call aku maklumkan tarikh appointment dengan Hospital Sultanah Aminah JB pada (11/05/2014).Tapi untuk dapatkan set appointment bulan 5 tu , puas aku dan akak aku berbuih mulut tekan  mintak kat doktor surat reference ke sana sebab kat HBP takde Spine Specialist. Sebabnye aku nak sangat surat tu, sebab aku dah tak mampu tahan sakit, deria sentuhan aku pon makin kurang sebab bila orang cubit aku dah tak rasa pape.Banyak karenah yg terpaksa dihadapi. Arghhhh,last-last bagi jugak. Yelah, kita rakyat marhaen lagi-lagi kalau takde insurans, tak mampu nak buat operation kat Private Hospital yg mencecah belas-belas K tu,kalau mampu dah lama cabut dari hadap ni semua, dengan nak menahan kesakitan lagi berbulan-bulan untuk tarikh bedah lainlah macam Che Ta nak beranak pun ada orang taja yang kaya makin kaya,yang tak mampu makin terhimpit. eh lari tajuk. hoho.

So, sampai lah hari yang ditunggu-tunggu (11/05/2014)Ahad.


Gigih aku dengan bertongkat, bertolak pagi-pagi buta dengan akak dan abg ipar aku (thank u!) pergi ke JB untuk check up pertama. Macam biasa, tunjuk surat kat kaunter bla bla bla, melangok menuggu giliran jumpa doktor. Masa tu tak cuak apa pun, sebab aku rasa paling koman pun dia akan check up aku, pastu  balik sama macam HBP. Alhamdulillah, tak lama menunggu, aku masuk bilik doctor. Aku jumpan dengan doctor Chinese, bla bla bla aku cite kat doc tu, dia suruh aku baring atas katil dan dia check untuk kesan sensory touch(?) aku tak ingat sangat tapi masa tu memang aku dah tak rasa pape,rasa kebas je so doctor Chinese ni muka dia terperanjat habis kot.  Terus bawak aku jumpe Spine Specialist (yeay) Dr.Hishamuddin Abdul Salam (Mr.Hisham). Doctor Chinese tu cite aku punya problem kat Mr. Hisham tu, lepas je diorang habis pung pang pung pang, aku disuruh duduk dekat kerusi, Mr.Hisham pandang aku atas bawah dengan aku bertongkat, terus bebel kat aku kenapa baru sekarang datang bila dah teruk macamni,pastu aku ada lah cite balik kat Mr.Hisham tapi aku tak ingat apa yg aku cakap..hoih, nak dapatkan surat tu pun payah doc oii (ni cakap dalam hati je).. Habis bebel,habis dengar aku bercerita, terus dia kata ''Operate ,boleh? Harini masuk wad"...bla bla bla awak muda lagi, inshALLAH peratus sembuh ada, bla bla bla tak payah masuk besi..ok, CUAK .MUKA DAH MULA TERCIRIT.


BERSAMBUNG...